Jumaat, 15 Julai 2011

Caj Astro Naik Lagi?

Semalam aku buka peti surat. Salah satu surat adalah dari Astro. Buka tengok. Yang patut dibayar bulan ini RM62.90 . Bulan hadapan RM68.90. Aik! Dengar dalam berita, astro tak boleh naikkan sewenang-wenangnya. Perlu dapatkan kelulusan dahulu. Dah lulus ke?. Dalam pada tengah panas-panas tu dah naik?
Ini kira OK sikit daripada yang lepas. Yang lepas tu tiba-tiba je, tak ada notis langsung.

Inilah jadi apabila tiada saingan. Kalau kita ingatkan masa hp mula-mula ada di Malaysia 15 tahun dahulu dan bandingkan dengan sekarang, banyak bezanya. Kerana persaingan berbagai pakej dibuat dan bertambah jimat. Kalau dulu Sewa Bulanan RM60, sekarang serendah RM20-30 sahaja. Kalau dulu RM0.30/ minit, sekarang dah bawah RM0.15. Dan ada berbagai pakej murah. Pilih sahaja mana yang sesuai. Kalau beli hp baru, yang lama gunakan untuk telco lain.
 
Sekarang dua tiga hp dah jadi trend. Tapi kalau ada satu hp tapi ada dua tiga SIM pun jadi trend. Tapi itu trend mencurigakan.

Bukan aku ek!. Gentle..
Bila la nak ada syarikat TV Satelit atau TV Kabel ni.. Aku harapkan ada pesaing Astro. Satu persaingan yang membina. Yang menguntungkan pengguna. Mega TV dah lama terkubur. Bila lah penggantinya nak muncul.

Selasa, 12 Julai 2011

Umar Mukhtar Lion Of The Desert.Peter O'Toole

Ditraficligh Port Klang aku berhenti. Pada ketika itu telingaku mendengar radio menceritakan tentang Muamar Gadaffi. Mataku memandang ke sebelah kiri, sebuah panggung lama. Apabila pendengaran dan penglihatan itu bertemu difikiran, aku teringat dengan nama Umar Mukhtar. Seorang tokoh pejuang di Libya. 
 Kisah Umar Mukhtar telah difilemkan oleh Holywood dengan Tajuk, "Umar Mukhtar, Lion Of The Desert" pada tahun 1981. Pemegang watak Umar Mukhtar adalah Anthony Quinn, arahan Mustapha Akkad.
Aku menonton filem itu pada tahun 1986 yang ditayangkan ditelevisyen. Bila teringat dengan filem itu, aku teringat pula dengan filem Lawrence Of Arabia terbetan 1962 lakunan Peter O' Toole dan Umar Shariff.
Nantilah aku ceritakan kisah Umar Mokhtar dalam Sinar Silam. Lawrance Of Arabia ni tak ada kena mengena dengan sinar kegemilangan silam tapi ia ada kaitan dengan kejatuhan dan perpecahan Daulah Uthmaniyah. Lawrance Of Arabia juga yang menyokong kebangsaan Arab. Kisah ini di zaman kebangkitan Wahabi dan Dinasti Saud.

Khamis, 7 Julai 2011

Bila Menonton Cerita Seram

 Dah lama rupanya aku tak tengok wayang. Ahad lepas bersama keluarga aku menonton "Karak". Karak menjadi menarik kerana Datuk dan Nenek mereka tinggal difelda berhampiran Karak.
Habis sahaja menonton berbagai seolan terpaksa dijawab.
1. Ada ke kejadian hantu yang makan orang kat bumbung kereta tu?
2. Kat mana jalan lama ke Karak dari Lebuhraya?
3. Dimana kejadian kemalangan tu?
Polis dengan uniform lama tahun 80an'
Semasa menonton diawal cerita tu, kejadian kereta rosak, aku ada kata nanti ada hantu makan kat atas bumbung kereta. Apabila ada aksi tersebut anak-anak aku tertanya-tanya, mana aku tahu cerita tu. Gambarannya adalah tahun 80an' berdasarkan uniform polis.

Tak mau menghampakan, aku pun menjawab.

Memang ada cerita tentang kejadian kereta rosak, air kering. Si Suami turun ke paya atau sungai untuk mengambil air. Apabila sudah lama suaminya tak balik-balik, si isteri keluar dari kereta dan dapati suaminya berada diatas bumbung kereta dan diratah oleh hantu. Cerita ini di jalan Kuala Lipis - Gua Musang. Sementara itu, Volkswagen kuning tu cerita di Bukit Menora, Ipoh, Lebuhraya Utara Selatan.

Mengikut "Karak", kereta rosak tu 2 batu dari Pekan Karak. Maknanya antara Sg Dua dan Karak atau selepas Simpang Kg Cintha Manis. Kalau tahun 80an' 2 batu atau 3.2 Km dari dah ada kedai-kedai atau bengkel-bengkel, dusun dan kebun getah.

Mana ada lagi jalan lama ke Pekan Karak. Yang ada adalah jalan lama yang di besarkan. Sebelum Lebuhraya Pantai Timur (LPT) siap, itu lah jalannya untuk ke Temerloh dan Kuantan.
Gambaran Pekan Karak yang seperti pekan tinggal.

Pekan Karak yang digambarkan tu pun, entah kat mana. Pekan Karak sejak 1990an' dah terang benderang. Maklumlah, laluan itu adalah laluan utama ke pantai timur.
Hantu muncul dari depan, jalanraya terang benderang

Tempat kemalangan tu, mengikut dalam "Karak" adalah antara selepas Karak ke Kuantan. Mungkin Karak Setia atau Jambu Rias. Tak ada bentuk geografi macam tu. Tempat yang paling sesuai adalah jalan lama Genting - KL.
Hantu Di Depan Terowng Genting Sepah, Arah ke Pahang
 
Tapi itu filem. Bila nak dibandingkan lokasinya dengan yang nyata letih aku nak jawab. Dalam filem tak semestinya tempat itu adalah tempat yang sebenarnya.

Dah lebih sepuluh tahun, sejak mula aku bekerja di Lembah Kelang, 1999, aku kerap balik kampung waktu tengah malam. Samada seorang diri atau dengan famili. Hinggakan mertua aku menegur kerana aku membawa anak kecil.
Hanya laluan Lurah Bilut ke Kg Chinta Manis tau arah ke Lanchang sahaja yang agak menakutkan kerana gelap, hutan, tanah perkuburan atau kebun di kiri kanan. Tak ada hantu pun.....

Hari Isnin, aku berbual tentang cerita itu dengan Hashri. Dia tanya aku, "ada ke hantu liar makan orang". "entah" jawabku. "Aku pernah dengar cerita hantu makan orang tu dari akhbar pada awal 90an', tak lama lepas lebuhraya Lipis - Gua Musang siap".

Ada satu lagi cerita hantu liar makan orang. Aku baca dari sebuah majalah dan penulis itu merahsiakan nama Sekolah Menengah berasrama di Selangor itu. Cerita tentang penulis cerita itu yang menunggu rakannya yang membuang air besar dan nyanyian lagu Cindai (Siti Norhaliza) yang bersahut-sahutan. Belum ada lagi produksi yang filemkannya. Siapa nak buat?