Khamis, 8 September 2011

Kunjung Mengunjung Selepas Solat Hari Raya di kampungku.

 







1 Syawal 1432H, 30 Ogos 2011, kunjung-menyunjung (baraan) selepas Solat Hari Raya siri ke 63. Aktiviti yang telah bermula pada  1 Syawal 1400H (12 Ogos 1980) ini tidak pernah tidak diadakan setelah ianya bermula, biarpun dilanda pergolakkan politik dan ahli yang berkurangan kerana kematian. Majlis ini diselangi samada dengan tahlil atau takbir raya. Bergerak dari rumah ke rumah.


Untuk kali pertama sejak 8 tahun aku menyertai dalam full version. Ini kerana dalam tempoh itu aku selalu hanya bercuti bermula pada hari raya pertama. Malam Raya Pertama aku singgah rumah mertua dahulu di Mempaga dan bersolat raya di sana dan selepas itu baru bergerak ke Lakum (13km). Tapi untuk tahun ini aku bercuti 2 hari sebelum raya dan beraya sepenuh hari di Lakum bersama keluarga.



Dalam siri ke 63 ini aku melihat ramainya anak cucu Peneroka Blok 6 ni. Ini pun pada anggaran aku hanya 50-60% sahaja yang turut serta. Penuh rumah sampai melimpah ke luar. Amat jauh berbeza dengan 30 tahun dahulu. Dulu duit raya hanya 10 sen atau 20 sen. Paling tinggi 50 sen dari Pak Din taukeh kedai. Yang dapat duit raya hanya budak bawah 13 tahun.  Sekarang dah RM1 atau RM2. Semua budak sekolah dapat. Tak kiralah umur berapa pun. Aku dengar pada siri lepas, orang tua pun dapat duit raya. Tapi tak ada pula pada tahun ini. Melepas la aku nak dapat duit raya. Dah 25 tahun tak pernah dapat duit raya. Orang terakhir beri duit raya adalah Pak Din ketika aku 15 tahun. Mana dia Pak Din.



Untuk tahun ini ia bermula dari rumah Haji Ahmad, Pak Shariff, Pak Cik Mihad, Pak Harun, Pak Nayan, Pak Mat Yusuf, Pak Kob, Pak Tam Shafie, Angah Aziz, Keluarga Almarhum Angah Ahmad Tarmizi, Pak Cik Kabiran, Ayahanda Arba’ain dan berakhir dirumah Cik Mail Darus. Ahli tetap, Pak Teh Salleh tak ada. Difahamkan balik kampung di Kedah. Tak tahu pula mana perginya Cik Ghani.

Patah tumbuh hilang berganti. Sejak  Almarhum Ahmad Tarmizi Hj Ahmad kembali kerahmatullah, setiap kali raya, anak-anak keluarganya terus berkumpul di Lakum dan tak pernah ketinggalan turut serta. Muhammad Farizal@ Kamal (Ustaz) sudah menggantikan Almarhum dalam bacaan-bacaan dan takbirnya. (Aku tabik pada korang sekeluarga). Sekiranya ayahanda telah tiada dan aku tak dapat hadir, aku harapkan adik-adik lelaki aku atau ipar-ipar lelaki aku dapat turut serta bagi menyambungnya disaat zaman makin keakuan ini...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H.