Isnin, 11 Ogos 2014

Adab Jemput Majlis Kenduri

SEBELUM sesuatu majlis kenduri samada kenduri tahlil, kahwin dan
sebagainya dijalankan, satu jemputan telah dibuat samada melalui
lisan, panggilan telepon, surat, kad, SMS, mesej dan lain-lain.
Proses yang dipanggil menjemput, memanggie (memanggil), saruan,
ngondo dan sebagainya ini dibuat oleh orang yang berkuasa atau orang
yang diberi kuasa dengan jelas.
Bagi yang faham perkara itu, mungkin menjadi orang yang cerewet
dalam soal pergi kenduri. Dia akan pastikan dulu kreteria-kreteria di
atas.

Berikut adalah beberapa peristiwa:

1- 2004, petang, Stesion Minyak Mobil .Perbualan antara N dan A.
N: Engkau tak pergi kenduri rumah S?
A: Kenduri apa? Tak tau pun.
N: Jom la.. Dia kira past2 sama kawan-kawan je.

* perkara semacam ini tidak jelas. Jika benar N diwakilkan, dia
sepatutnya menyatakan "S wakilkan aku untuk jemput kawan-kawan
dan aku menjemput engkau."
Makan-makan bukan perkara main-main.

2- Memberi kad jemputan telah menjadi budaya dalam jemputan.
Tulisan didalamnya jelas sebuah jemputan dan dari tuan rumah/
kenduri (orang yang berkuasa). SMS juga sekali sekala menjadi
alat untuk menjemput. Walaubagaimanapun ia mestilah jelas.
Pada tahun 2007, semasa pulang dari kerja, Z mendapati ada satu
SMS. SMS dari no yang tidak dikenali itu berbunyi:

"Blik kejo nati gi umah. Jange lupa..."

*Jemputan yang tidak diketahui dari siapa dan tidak dinyatakan apa
tujuannya. Apa salahnya tuliskan "Balik kerja nanti, datanglah ke
rumah..(alamat). Ada sedikit tahli/jamuan". Kemudian tulis
nama. Atau tulis seperti pada kad jemputan kahwin.

3- 3 September 2010, Apartment Bukit Baru, Keramat. A telah dijemput ke rumah terbuka. A telah pergi bersama kawan-kawan. Dan semuanya berlaku dengan sempurna. 14 bulan kemudian, A diberitahu sebenarnya dia tidak dijemput. Ibu S menjemputnya nak tengok muka tak malu.

* Dalam perkara ini, makanan telahpun jadi darah daging. Semasa
datang, kalau tak dijemput tak kan diajak masuk. Atau tutup pintu
bagi menunjukkan tetamu itu tidak dijemput.
Memperlawa masuk, pada adatnya menjemput.
Menguji dalam bentuk ini, individu atau keluarga akan dianggap
Jahil dan Tidak Beradat.

Bagaimana jika terkena kepada anda. Dah makan, dah telan kemudian diberitahu makanan itu tidak dihalalkan atau tidak diredha?

4- 2012, Felda Mempaga. L terlepas satu rombongan pengantin. Dia kemudian hubungi
pengantin. Menurut pengantin dia telahpun berada dikampung tujuan
dan menginap dihome stay.

"Abang Li mai la.. kami dah sampai petang semalam. Tak jadi singgah rumah Mak Ngah..."

* Dalam perkara ini, pengantin perempuan tersebut bukannya orang yang berkuasa menjemput. L hanya boleh pergi sebagai ahli rombongan bersamanya atau sebagai jemputan tuan rumah. Jika dia mahukan juga L hadir, dia sepatutnya maklumkan kepada tuan rumah (mertuanya) dan minta untuk menjemput L.

5- 2013, Kg Teluk Nipah. I telah dihubungi oleh M yang dalam perjalanan rombongan meminang dan mengajaknya turut serta memandangkan tempat itu
berhampiran kediaman I. I kemudiannya hubungi M tetapi tidak dijawab. Beberapa waktu kemudian M hubungi I dan menyatakan sedang makan dsn majlis pertunangan telah berakhir dan meminta I datang.

* Dalam perkara ini, I tidak dijemput oleh tuan rumah. Dia boleh pergi bersama rombongan meminang. Tapi sekiranya majlis telah berakhir, jamuan makan telah bermula, dia nak bagi salam naik ke rumah sebagai apa?.
Kes ini hampir sama dengan kes 4.

Ketika aku kanak-kanak 12 tahun, aku pernah disuruh bapa untuk
menjemput orang untuk kenduri tahlil. Aku diajar oleh bapa dengan
ayat:

"Pak Cik, saya mewakili ayah saya untuk menjemput Pak Cik datang
ke rumah pada malam ini untuk majlis .....".

Sekiranya aku tidak menyebut "mewakili", aku yakin Golongan
Pondok ini tidak akan hadir ke majlis kenduri.

Teringat juga cerita, seseorang yang hadir kenduri tetapi tidak
menjamah makanan. Apabila diselidik dia sebenarnya tidak dijemput
dengan sempurna. Tetapi kerana jiran atau mengelakkan fitnah, dia
hadir seperti orang lain. Cuma tidak makan.
Teringat juga cerita, seorang yang diwakilkan untuk menjemput
kenduri tidak hadir ke majlis kenduri. Apabila diselidik didapati tuan
rumah mewakilkannya menjemput orang datang kenduri tetapi terlupa
untuk menjemput wakil tersebut.

"Abe jemput tak Pok Te?"
"Jemput"
"Ghoyak lagu mana"
"Ghoyak suroh panggie orghe date la"
"Oooo..lagu tu Abe Soh tak jemput dia la..."

Aku harap, dengan sedikit penerangan ini dapat menjawab, kenapa
orang tertentu tidak hadir ke majlis kenduri. Rumah Terbuka
Aidilfitri juga dianggap kenduri kerana adanya proses jemputan.
Orang yang tidak menerima jemputan adalah orang yang tidak
dijemput.
Jangan kata orang "payah bahasa", sedangkan kita yang tak belajar
berbahasa.
Makanan kenduri tanpa jemputan itu umpama makan makanan tidak sah.

Sila rujuk orang agama dan bandingkan dengan adat ini.

Terima kasih.